Polis Johor tahan wanita curi duit majikan

Polis Johor menahan seorang wanita berusia 24 tahun yang disyaki mencuri duit majikannya di sebuah kafe di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor.

Perbuatan wanita yang baru sahaja bekerja selama 14 hari di situ dikesan majikannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, wanita tersebut mencuri wang sebanyak RM400 pada Rabu lalu pada pukul 10 malam.

“Selepas dikesan oleh majikan terbabit, pihak polis menerima laporan dan terus menahan suspek pada hari yang sama,” katanya, lapor Berita Harian.

Rahmat berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat