Dera kanak-kanak hingga maut, pasangan suami isteri diberkas polis

Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya pada Khamis.

Kedua-dua suspek adalah ibu dan bapa saudara kepada mangsa berumur setahun enam bulan.

Mangsa digesakan ke Hospital Shah Alam selepas didapati tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek berumur lingkungan 20-an itu.

Baca juga: