Pertikaian politik dalam kalangan pemimpin masa kini menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, agar tidak terus saling berbalah antara sendiri.
Titah Baginda, menukar kerajaan tidak memberi sebarang jaminan kepada rakyat dan negara.
“Menukar kerajaan tidak menjamin apa-apa. Tidak menjamin kestabilan, tidak menjamin apa-apa perkara. Kita tidak mampu mempunyai kerajaan yang tidak stabil.
“Elok fokuskan untuk memajukan ekonomi negara, mengharmoni rakyat, menyatukan semula semua kaum. Jadi jangan berfikiran sempit. Itulah nasihat keramat saya,” titah Baginda dalam satu kenyataan di X Buletin TV3.
Baginda yang menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dijadualkan berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Pahang pada pukul 9.20 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana penuh meriah dan hiba dalam kalangan rakyat terutama saat ingin melepaskan Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pulang ke Pahang.
Dianggarkan lebih 3.500 rakyat daripada pelbagai lapisan usia berbaris di kiri dan kanan jalan bagi memberikan lambaian mengucapkan selamat jalan kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Baca juga: