Google menawarkan cara baharu untuk meneroka tempat dengan kecerdasan buatan (AI) generatif yang disatukan ke dalam salah satu aplikasinya, Google Maps.
Idea ini adalah untuk menyediakan cadangan mengikut pilihan peribadi, dari pertanyaan yang asas kepada permintaan yang lebih lanjut.
Untuk menunjukkan kemungkinan integrasi AI ini, Google menggunakan contoh sekumpulan rakan yang ingin menikmati makan tengah hari bersama-sama, tetapi masing-masing mempunyai citarasa tersendiri; seorang merupakan vegetarian, yang lain pula hanya mahu makan di kawasan tertentu dan lain-lain sebab.
Aplikasi ini akan memenuhi permintaan pengguna yang sesuai dengan citarasa mereka dengan penggunaan bahasa yang semula jadi seperti ChatGPT misalnya.
Model bahasa Google akan menganalisis maklumat terperinci di Maps di lebih dari 250 juta tempat, serta ulasan pelanggan lebih dari 300 juta untuk membuat cadangan yang relevan dan tepat.
Selain memberi cadangan tempat yang dipilih, Maps akan memaparkan foto, penilaian dan ulasan komuniti secara sistematik untuk menyokong cadangan tersebut kepada pengguna.
AI ini juga akan dapat menangani situasi yang tidak dijangka, seperti permintaan aktiviti pada hari hujan yang berdekatan dengan lokasi mereka kini.
Teknologi ini akan diguna pakai di Amerika SYarikat dalam kalangan pemandu, komuniti pengguna Google yang akan menulis ulasan, menyiarkan foto, menjawab soalan dan memeriksa fakta di Google Maps.
Maklumat yang mereka berikan ini akan membantu pengguna untuk lebih mengetahui tentang sesuatu tempat itu.
Ini merupakan pertama kali AI muncul di Maps. Dengan AI, ia membolehkan pengguna menavigasi persekitaran dengan lebih mudah dengan wujudnya pandangan 3D dalam aplikasi tersebut dengan mod Immersive View.
Paris adalah salah satu bandar pertama yang mendapat daripada ciri baru ini di samping Amsterdam, Barcelona, Florence, Las Vegas, London, Los Angeles, New York, San Francisco, Tokyo dan Venice.
Baca juga: