Kereta masuk gaung, 2 lelaki cedera dalam kemalangan di Tamparuli

Dua pemandu kereta mengalami kecederaan selepas kereta mereka bertembung dan salah satu kenderaan terbabit jatuh ke dalam gaung sedalam 3.04 meter di Kampung Bantayan, Tamparuli, Sabah pada pukul 11.04 malam.

Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta Perodua Kancil itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 38 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 52 tahun.

Komander Operasi, PBK II Azran Jull memberitahu, kedua-dua mangsa masing-masing mengalami kecederaan di kaki dan mangsa berusia 52 tahun tersebut turut mengalami kecederaan di dada.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kedua-dua mangsa selamat dikeluarkan oleh 10 orang anggota yang bertugas di lokasi berkenaan menggunakan jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.

“Setelah diberi rawatan awal oleh unit EMRS, mereka dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: