Pembuli jalan raya: Pemandu Axia dikesan

Seorang wanita yang dikenali sebagai Saraswhaty Sivalapan telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pembuli jalan raya yang didakwa telah menyerang ayahnya yang berusia 74 tahun pada Isnin di Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, Puchong Selangor.

Saraswathy menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia telah membuat satu laporan polis berhubung insiden yang menimpa ayahnya itu tetapi suspek telah melarikan diri.

“Kecederaan yang dialami oleh ayah saya telah menyebabkan dia mengalami tiga tulang patah, bengkak dan kecedaraan di mulut,” katanya.

Mengulas lanjut, bapanya perlu menjalani pembedahan di atas kejadian tersebut.

Sementara itu, Saraswhaty turut mendedahkan nama suspek iaitu Mohammad Zakaria Mohd Razali ydang telah memandu sebuah kereta Perodua Axia dengan nombor pendaftaran QAA 1303 N.

Justeru, orang ramai diminta segera untuk menghubungi beliau (011-2121 4397) jika mempunyai sebarang video atau maklumat berhubung kejadian atau terus melaporkan ke balai polis berhampiran.

Baca juga: