Cadangan waktu perjalanan sempena Tahun Baru Cina

Syarikat konsesi ANIH Berhad menasihatkan agar pengambara merancang jadual perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan pengguna lebuh raya Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang umum mengetahui akan berlaku kesesakan pada setiap sambutan perayaan atau cuti panjang.

Oleh itu, ANIH menyenaraikan cadangan jadual perjalanan melibatkan laluan ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dari Kuala Lumpur / Selangor – 8 Februari 2024 (Khamis) dan 9 Februari 2024 (Jumaat)

Ke arah Pahang, dicadangkan selepas 6.00 pagi atau selepas 5.00 petang
Ke arah Terengganu, dicadangkan selepas 8.00 pagi atau selepas 5.00 petang
Ke arah Kelantan, dicadangkan selepas 11.00 pagi atau selepas 7.00 petang

Ke Kuala Lumpur / Selangor – 12 Februari 2024 (Isnin), 17 Februari 2024 (Sabtu) dan 18 Februari 2024 (Ahad)

Dari Pahang, dicadangkan selepas 6.00 pagi atau selepas 7.00 petang
Dari Terengganu, dicadangkan selepas 11.00 pagi atau selepas 8.00 malam
Dari Kelantan, dicadangkan selepas 6.00 petang atau selepas 11.00 malam

Waktu perjalanan bebas bermula pada pukul 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi. Bagi waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Plaza Tol Gombak adalah pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dan 9.30 malam sehingga sehingga 12.00 tengah malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat