SMART SBB Batang Lupar catat purata tuaian positif

Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Batang Lupar, Sarawak merekodkan prestasi purata bersih tuaian yang memberangsangkan pada musim kedua 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, jumlah purata dicatat adalah sebanyak 5.5 tan per hektar berbanding 2.8 tan per hektar pada musimnya.

Katanya, dana sejumlah RM810,000 disalurkan kepada Program SMART SBB di Tanjung Bijat, Melaka akan dapat menggiatkan lagi penanaman di kawasan terbabit.

“Insya-Allah, pemberian dana dengan aplikasi teknologi moden di Tanjung Bijat dapat meningkatkan lagi hasil seperti mana yang kita sasarkan iaitu tujuh hingga lapan tan per hektar,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Untuk info, Program SMART SBB ini dilancarkan untuk membantu menghentikan kebergantungan negara terhadap beras import.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat