Ada 2 ijazah, fasih 3 bahasa, penganggur kecewa sudah bersungguh-singguh tetap susah dapat kerja

Seorang wanita berasal dari New York, Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa sedih dan kecewa di laman media sosial apabila sukar mendapatkan pekerjaan.

Lohanny Santos, 26, yang memiliki dua ijazah berkata, situasi dihadapi ketika itu merupakan detik paling ‘rendah’ pernah dihadapinya.

Lebih menyedihkan, kemahiran tiga bahasa yang dikuasai Lohanny juga masih tidak mampu membantunya mendapatkan pekerjaan.

Sambil menangis, Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.

“Sejujurnya, saya rasa sangat malu kerana saya cuma memohon pekerjaan dengan gaji paling minimun,” katanya dalam video tersebut.

Sementara itu, Lohanny turut berkongsi percubaannya untuk mendapatkan pekerjaan di restoran makanan segera juga turut menemui jalan buntu.

“Situasi ini memberi tekanan kepada saya. Sekiranya saya mahu menjadi seorang TikToker, saya akan berbuat demikian.

“Tetapi saya perlu sedar, realitinya saya memerlukan pendapatan yang stabil. Saya akan terus berusaha,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian video berdurasi selama 49 saat yang dibuat oleh Lohanny itu pantas menjadi tular dan menerima lebih 23 juta tontonan malah dia juga turut menerima banyak komen positif daripada warga maya untuk tidak putus asa dan terus bersemangat.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/09/2-rumah-kedai-terbakar-tengah-malam-di-melaka/

Anda Mungkin Berminat