Tunku Ismail kekal pendirian, JDT tetap jadi pasukan pilihan

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mendedahkan bahawa pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine terlebih dahulu menghubungi kelab tersebut sebelum membuat keputusan menyertai Selangor FC.

Tunku Ismail berkongsi tangkap layar di Instagramnya menerusi Insta Stories perbualan antara ejen JDT, Kiko Insa Bohigues dan ejen Nooa sebelum perpindahan pemain itu berlaku.

Dalam perbualan itu atau lebih tepat sebagai proses rundingan, Nooa terlebih dahulu menawarkan diri untuk menyertai JDT.

“Hi Kiko, saya difahamkan Nooa juga sudah cuba untuk menghubungi anda. Sekiranya kami tidak mendengar apa-apa dari pihak anda selepas empat jam, kami mengandaikan bahawa anda tidak berminat.

“Kami akan menandatangani (kontrak) bersama Selangor FC,” kata ejen Nooa dalam perbualan dengan Kiko yang dimuat naik oleh Tunku Ismail.

Dalam tangkap layar itu juga, Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan telah menolak seorang pemain kebangsaan yang bermain di luar negara disebabkan harga yang disebutkan tidak munasabah.

Kelab itu percaya ada percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dan JDT tidak akan terperangkap dengan perang bidaan itu.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/02/09/menyelar-pengenalan-layangan-kad-biru-dalam-peraturan-rasmi-perlawanan-bola-sepak-profesional-apabila-kad-biru-itu-dijangka-diperkenalkan-dalam-dalam-masa-terdekat/

Anda Mungkin Berminat