Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baru Cina

Ke Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan Tahun Baru Cina ini akan terus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

Selain itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan berpesan buat mereka yang pulang ke kampung halaman, sentiasa beringat dan patuh dengan peraturan jalan raya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Di samping itu, Datuk Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Negeri Selangor dan seluruh warga pentadbiran negeri Selangor telah merakamkan satu video ucapan bagi sambutan perayaan tersebut.

”Sambutan yang meriah ini memberi peluang kepada semua saudara dan saudari malah keluarga untuk bersama dan berkumpul kembali dalam meraikan perayaan istimewa khusus kepada masyarakat cina.

”Sambutan tahun baru cina tahun ini melambangkan sambutan tahun naga kayu, kayu melambangkan keutuhan, kesetiaan dan juga kestabilan. Manakala naga pula melambangkan kebijaksanaan dan kemakmuran sekali gus selari dengan apa yang berlaku di negara kita iaitu menuju ke arah kestabilan,” katanya.

Baca juga: