Remaja melecur kebakaran rumah teres dan tadika

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah teres dan sebuah tadika bersama empat buah motosikal di Jalan Ledang, Taman Johor, Johor Bahru pukul 8.25 malam, Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, TPgB I Mohd Suhaimi Abdul Jamal melaporkan, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang ketika itu sedang tidur ketika kejadian berlaku.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan tadika tersebut mengalami kemusnahan sehingga 30%. Manakala 2 buah rumah yang terlibat mengalami kemusnahan 5% dan 90%. Tiga motosikal yang terlibat mengalami kemusnahan 80% dan lebih. Sebuah lagi mengalami kebakaran 5%,” katanya melalui kenyataan.

Operasi memadam kebakaran tamat pada pukul 10.46 malam melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Kempas seramai 28 anggota membawa tiga jentera FRT, dua kenderaan Unit EMRS dan tiga motosikal Unit RIM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat