Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada dua anak seni tanah air menerusi Program Ziarah Madani dengan diwakili oleh Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan aktor Dharma Harun Al-Rashid pada Khamis.
Anwar berkata, kedua-dua pelakon yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah (perlindungan dari Allah SWT) serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, Farhan yang mewakili pihaknya turut menyampaikan sumbangan agar dapat membantu urusan harian serta perubatan yang diperlukan.
Di samping itu, Sarimah dan Dharma yang dahulu menjadi antara kegemaran pelakon layar perak, kini, telah berusia dan mengalami situasi yang sukar lebih-lebih lagi berkenaan masalah kewangan dalam menampung kos rawatan yang diterima.
Baca juga: