Terdapat kejadian gas ammonia yang bocor di Kilang Porite, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang mengakibatkan seramai 33 mangsa mengalami sesak nafas pada pukul 11.30 pagi hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, menyatakan kejadian berikut terjadi berpunca daripada sebuah trak angkat susun yang terlanggar injap salah satu tangki ammonia semasa kerja-kerja mengalihkan tangki tersebut.
“33 mangsa terdiri daripada 14 pekerja wanita dari kilang berkenaan dan 19 pekerja lelaki dari kilang bersebelahan.
“Mereka telah dihantar ke hospital sekitar Lembah Klang untuk rawatan lanjut dan semua berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan.
Iqbal turut menyatakan keadaan di tempat kejadian sudah terkawal dan pulih sepenuhnya pada jam 6.30 petang.
Pihak kilang tersebut juga telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap ammonia itu.
Baca juga: