Ribuan rakyat Myanmar dapatkan visa untuk keluar dari negara itu, elak kerahan tentera

Lebih 1,000 orang dilihat beratur setiap hari di kedutaan Thailand di Yangon sejak Sabtu, selepas pengumuman oleh junta tentera Myanmar untuk mewajibkan kerahan tentera ke atas belia di negara itu.

Tentera berkata pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan semua lelaki berumur 18 hingga 35 dan wanita berumur 18 hingga 27 untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dalam pasukan tentera.

Junta Maynmar sedang berdepan masalah untuk menumpaskan kumpulan pemisah berikutan rampasan kuasa pada 2021.

Kedutaan Thailand di Yangon dibanjiri lelaki dan wanita muda yang ingin mendapatkan visa untuk keluar dari Myanmar, sejak pengumuman itu dibuat, di mana “Undang-Undang Perkhidmatan Tentera Awam” akan dikuatkuasakan.

Sejak kelmarin, antara 1,000 hingga 2,000 orang beratur sepanjang jalan dekat kedutaan Thailand di Yangon berbanding kurang daripada 100 orang sebelum pengumuman tersebut dibuat.

Undang-undang itu digubal oleh junta pada 2010 namun tidak pernah digunakan, dan ia tidak jelas bagaimana ia akan dikuatkuasakan.

Tiada butiran diberikan tentang mereka yang bakal dipanggil untuk berkhidmat, namun ramai golongan muda tidak ingin menunggu lebih lama.

Jurucakap Junta Myanmar, Zaw Min Tun berkata, sistem perkhidmatan ketenteraan diperlukan ‘kerana kedudukan negara sekarang’.

Kira-kira 13 juta orang boleh dipanggil untuk berkhidmat, katanya, meskipun tentera hanya mampu melatih 50,000 orang setahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat