Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor selama tiga hari bermula 23 Februari depan.
Dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pameran pendidikan tinggi bersempena program MADANI Rakyat bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memerlukan khidmat nasihat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Universiti.
“Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke Reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan antaranya konsultasi pilihan program jurusan melalui Sistem Unit Pusat Universiti (UPU) secara atas talian.
“Konsultasi pinjaman, bayaran balik, simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pengkreditan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),” katanya dalam kenyataan.
Pameran tersebut turut menyediakan Tawaran Program Penajaan dan Biasiswa serta Bantuan Kewangan KPT sepanjang sesi pembelajaran atau sebelumnya pada Isnin.
Dalam masa yang sama, khidmat pelanggan juga disediakan bagi yang mempunyai beberapa pertanyaan berkenaan penyambungan pelajaran dan bantuan serta menikmati kopi segar yang dijual oleh Inspired Kitchen daripada Kolej Komuniti Selayang di Reruai KPT.
Kehadiran pengunjung amat dialu-alukan serta pameran itu bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dan jitu bagi memenuhi kehendak pengunjung.
Baca juga: