GOLD 1 bernilai RM1.5 juta milik Agong

Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan tertinggi dalam sejarah negara iaitu RM1.5 juta.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara.

Nombor plat siri GOLD merupakan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena sambutan jubloi emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Bidaan bagi nombor plat itu dibuka pada 1 hingga 5 Februari lalu.

Jun 2023, Sultan Ibrahim berjaya memperoleh nombor plat FF1 dengan tawaran tertinggi pada RM1.2 juta.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat