Lelaki maut kena belasah, netizen mempersoal tindakan orang awam ‘mengalahkan’ polis

Insiden kematian seorang lelaki berusia 42 tahun yang maut akibat dibelasah oleh sekumpulan orang awam mengundang pelbagai reaksi terutama apabila video kejadian tersebut tular di media sosial.

Ramai yang mengatakan tindakan tersebut tidak perikemanusiaan selain menyifatkan sekumpulan lelaki tersebut tidak bertamadun dan menyalahi undang undang.

Video tular yang berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang lelaki yang diikat pada tangan dan kakinya oleh sekumpulan lelaki yang berkelakuan seperti samseng dan dipukul tanpa belas kasihan hingga maut.

Difahamkan, insiden tersebut berpunca daripada kemalangan melibatkan mangsa telah melanggar seorang penghangtar makanan berhampiran kawasan Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi insiden tersebut seolah-olah memaparkan gejala negatif sesetengah masyarakat yang memilih keganasan berbanding membawanya ke muka pengadilan.

“Bila orang mati, baru puas hati kamu semua dan tindakan yang dah kamu semua buat? Senang-senang bermain dengan nyawa orang,” kata Zan.

“Macam mana kalau mangsa ada keluarga, lepastu ada anak lagi, macam mana mereka nak hadap masalah ini? Kesian dekat mangsa,” kata Shashi.

“Kepada penghantar makanan yang membawa motor semua, kalau kena dekat puak dia, memang dia yang terpaling cari rezeki. Mereka bawa motor atas jalan raya pun tak betul dan membahayakan sampai buat motor macam takda (tiada) break,” kata Adika.

“Kalau dia salah sekali pun, kamu semua takda hak nak pukul dia sampai mati. Merangkak lah minta maaf kat dia nanti. Hidup dengan rasa bersalah, elok-elok tengok muka penjenayah ni takut terkahwin pulak nanti,” kata Darwisyah.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun di kawasan Semenyih, Beranang dan kesemuanya telah direman selama lima hari sehingga Ahad depan bagi membantu sisasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat