Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan tidak fasih berturut dalam Bahasa Arab ketika dia didatangi oleh seorang lelaki dipercayai sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta tempatan dan berasal dari Mesir.
Dalam video itu, difahamkan pensyarat terbabit bertanyakan kepada Azhar mengenai apakah rahsia beliau berjaya mengumpul ramai jemaah saat menyampaikan kuliah agama.
Namun, Azhar kelihatan sedikit canggung untuk menjawab semula pertanyaan lelaki terbabit sehingga memerlukan ‘penterjemah’ daripada individu lain.
Perkara itu secara tidak langsung menjadi pendebatan dalam kalangan masyarakat sehingga ada antaranya mempertikai kemampuan Azhar dalam bertutur Bahasa Arab sedangkan dirinya seorang pendakwah popular.
Bagaimanapun, menurut seorang pendakwah dan penulis buku agama bertauliah, Syihabudin Ahmad, berpendapat bahawa khalayak seharusnya tidak terlalu mudah menilai seseorang sehingga menghakimi mereka dengan hanya melihat kekurangan.
Katanya, segelintir pihak memukul rata bahawa seseorang agamawan perlulah mahir bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
“Saya tidak selesa melihat komen di media sosial yang mempertikaikan Bahasa Arab Ustaz Azhar Idrus.
“Dalam video tersebut memang nampak Ustaz agak lemah dalam pertuturan Arab namun beliau memahami pertanyaan pensyarah terbabit.
“Ustaz Azhar ini memang ada kemahiran membaca dan mempelajari kitab-kitab dalam Bahasa Arab, dalam ceramah sebelum ini pun beliau menyatakan petikan Arab dengan sangat baik”, ulasnya dalam sebuah video di Youtube.
Reaksi Syihabudin ketika diminta mengulas reaksi orang awam yang membahaskan kemampuan Azhar dalam bertutur bahasa Arab berdasarkan video tular di aplikasi Tiktok paklah680
Sebahagian kelompok manusia memukul rata bahawa seseorang agamawan perlulah mahir bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
Sekiranya seseorang agamawan itu tidak lancar dalam pertuturan arab maka mereka bertindak memperlekehkan ilmu individu tersebut.
Tular sebuah rakaman di aplikasi Tiktok paklah680 memaparkan pertanyaan seorang pensyarah Mesir daripada UNISHAM kepada seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Pensyarah tersebut bertanyakan tentang apa rahsia Azhar Idrus sehinggakan ramai yang hadir ke kuliah ceramah beliau dalam Bahasa Arab.
Tambah Syihabudin, dalam konteks untuk bertutur dalam Bahasa Arab memang semua ustaz atau ustazah akan mengalami sedikit kesukaran dalam bertutur.
“Teknik bertutur dan teknik mutalaah adalah dua terknik yang berbeza, namun boleh ditajamkan dengan praktik yang berterusan.
“Sekalipun seseorang itu tidak belajar agama namun seringkali bertutur dalam Bahasa Arab, maka pertuturan dia lebih baik bahkan lebih baik daripada seorang ustaz”, tambahnya lagi.
Kualiti pertuturan Bahasa Arab yang tidak fasih tidak akan menjejaskan ilmu atau kajian agama seseorang itu dalam menyampaikan ceramah atau ilmu agama.
Faktor keadaan sekeliling yang tidak mempraktikkan penggunaan Bahasa Arab juga adalah sebab utama mengapa pertuturan seseorang itu tidak lancar.

Baca juga: