6 individu ditahan miliki dadah

Polis menahan enam individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Pendang, Kedah.

Difahamkan kesemua mereka merupakan penagih dadah.

Menurut kenyataan Balai Polis Kubang Panjang di Facebook, hasil pemeriksaan terhadap salah seorang daripada suspek menemukan peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis heroin.

“Pihak polis dari Balai Polis Kubur Panjang bertindak selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan sindiket tersebut.

“Anggota menemui bungkusan yang berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.3 gram,” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1) A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat