Pertubuhan Nur Al Mustafa Malaysia masih belum mengemukakan sebarang bukti yang mengatakan individu bernama Mawla Amin merupakan nasab Nabi Muhammad SAW.
Menurut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak tidak menerima sebarang dokumen bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu.
Menerusi satu kenyataan, Jakim menafikan telah menerima pengesahan daripada pertubuhan tersebut.
“Mereka (pertubuhan) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak Jakim.
“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan diterima oleh Jakim,” katanya.
Terdahulu, laporan media mengatakan pertubuhan tersebut mengatakan sudah menghantar dokumen dan bukti kepada pihak berkuasa termasuk Jakim melibatkan nasab Mawla Amin.
Mawla Amin sebelum ini mengakui bahawa dia mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW selain dikenali sebagai Maula Mohamed Amin al-Hassani.
Baca juga: