Jenazah empat beranak maut kemalangan kebumi dalam satu liang lahad

Jenazah empat beranak yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Allahyarham Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Allahyarham Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama dua anak mereka, Afiya Rafiqi, 6 dan Lufya Adeena, 1, dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Felda Trolak Utara dekat Sungkai, Tanjung Malim pada 11 malam, Ahad.

Menurut Sinar Harian, seramai 500 ahli keluarga dan sahabat yang hadir ke kediaman keluarga di Felda Trolak Utara pukul 9.30 malam untuk memberi penghormatan terakhir.

Jenayah yang disembahyangkan di Masjid Jamek Al-Ridhuaniah.

Susulan kemalangan tragis itu, hanya seorang ahli keluarga terselamat iaitu anak sulung, Attar Azim Syukran Jamil, 9, yang terselamat daripada kemalangan itu.

Sebelum ini, kamalangan tersebut dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi dari arah Kota Bharu ke Gua Musang berlanggar dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand masuk ke laluan arah bertentangan.

Difahamkan kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga dan bercuti di Kota Bharu, Kelantan

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat