Negeri

Lelaki maut tersepit, Vellfire terbabas dan terbalik di Pagoh

Seorang lelaki meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan berikutan kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan, Pagoh menghala ke Yong Peng, Johor.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Hafiz Mohd Shahid, kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire terbabas lalu terbalik.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati seorang lelaki dewasa telah tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan penyelamat.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama terselamat dan telah keluar sendiri daripada kenderaan sebelum pihak Bomba tiba di lokasi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya pada pukul 8.17 malam dan mengarahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pagoh dengan kekuatan anggota seramai enam orang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close