Jabatan Penerangan Malaysia telah mengeluarkan arahan bahawa tempoh sah bagi kad media bagi wartawan dalam talian dipendekkan.
Tempoh sah hanya enam bulan sahaja kepada beberapa wartawan dalam talian yang menerima kad media.
Ini adalah bercanggah dengan dasar yang dinyatakan di laman web Jabatan Penerangan kerana sebelum ini tempoh standard adalah dua tahun untuk kad media yang dikeluarkan kepada media tempatan.
Tempoh sah yang lebih pendek untuk kad media ini melibatkan wartawan yang bekerja untuk portal dalam talian dan yang memohon untuk memperbaharui atau membuat permohonan baharu untuk kad media mulai tahun ini.
Tindakan tersebut dikhuatiri akan memberi kesan kepada kakitangan kontrak dan tetap daripada pelbagai agensi berita dalam talian.
Berdasarkan semakan, wartawan media cetak yang memohon dalam tempoh yang sama, menerima kad media dengan tempoh sah dua tahun.
Jabatan Penerangan juga telah menghentikan pengeluaran kad media kepada suara rasmi parti seperti Suara Keadilan, Roketkini, Harakah, dan Umno Online.
Hal ini kerana Jabatan Penerangan sedang mengemas kini dasar pengeluaran kad media kepada organisasi jenis ini.
Baca juga: