Jenama produk makanan, Ajinamoto Malaysia Berhad (M) mengedarkan pek produk makanan menerusi Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 kepada 25,000 isi rumah di 20 lokasi di Program Perumahan Rakyat (PPR) berbeza di sekitar Lembah Klang.
Dalam satu kenyataan, jenama produk berkenaan memberitahu, terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan di PPR Seri Alam Fasa 2 dan Dewan PPR Lembah Subang 2 iaitu demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah.
“Penganjuran Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 bagi memberikan pengalaman istimewa khususnya ketika menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
“Kempen itu juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga,” katanya.
Selain itu kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 ini akan bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024 dengan slogan “Konfem Senang, Konfem Sedap”.
Dalam pertandingan tersebut, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.
“Hadiah termasuk hadiah utama bar Emas seberat 5gram untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan,” katanya.
Sebarang maklumat lanjut Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.
Baca juga: