Kemunculan Bella Astillah di Pejabat Agama Islam cetus tanda tanya, nama Aliff Aziz dikaitkan pelakon ditangkap khalwat

Industri dikejutkan dengan video yang dikongsikan di Tiktok memaparkan isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah hadir ke pejabat agama pada pukul 2.30 pagi pada Sabtu.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang tertanya-tanya mengenai kehadiran Bella di Pejabat Agama Islam tersebut.

Tidak kurang juga, ramai yang mula membuat spekulasi berhubung situasi yang berlaku serta timbul persoalan dikaitkan dengan isu seorang selebriti bergelar suami orang ditangkap khalwat bersama seorang selebriti wanita.

Menurut laporan Harian Metro, aktor yang juga berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

Pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

“Difahamkan pelakon lelaki itu  sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.

Netizen mula mengaitkan nama pelakon Ruhainies dan mendakwa dia adalah wanita yang dituduh sebagai perampas suami orang susulan dia dan Aliff terlibat sebagai pelakon uama sebuah drama bersiri berjudul Terjerat.

Susulan itu, pengikut di Instagram mula menyerang Ruhainies malah ramai yang mendesak supaya pelakon itu membuka mulut menjelaskan perkara sebenar.

Baca juga: