Perodua Viva total loss akibat terbakar waktu tengah malam di Sandakan

Sebuah kereta jenis Perodua Viva didapati terbakar di Kampung Mangkalinau, Sandakan, Sabah pada Isnin.

Menurut Komander Operasi PBK II, Hazmizan Maksit, kebakaran tersebut melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar secara keseluruhannya.

“Pihak kami tiba di lokasi kejadian, mendapati sebuah kenderaan jenis Perodua Viva telah terbakar secara keseluruhannya.

“Sementara dua kenderaan lain jenis Toyota Hilux dan Proton Preve turut terjejas akibat bahang. Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai enam anggota yang dipimpin oleh Hazmizan Maksit dari Pasukan Bomba Penyelamat (BBP) Sandakan bersama jentera FRT dan EMRS telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air daripada jentera dan operasi pemadaman dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.28 pagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat