3 wanita buat aksi ‘superman’ ditahan

Jabatan Siasatan dan Pengankutan Trafik (JSPT) menahan tiga yang menunggang motosikal secara berbahaya pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan, polis bertindak mengesan keberadaan ketiga-tiga individu tersebut yang membuat aksi meniarap atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang seperti superman, selepas rakaman yang dimuat naik di X tular.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Datuk Mohd Azman berkata, mereka yang terlibat telah dikesan berada di sekitar bandar Melaka.

“Kesemua yang ditangkap di bawah Seksyen 42 APJ 1987, adalah dalam lingkungan beurmur 16 sehingga 18 tahun.

“Hasil sisatan mendapati kesemua tahanan adalah dari kelab motosikal yang sama iaitu ‘Awek Melaka’ yang mana berada di sekitar bandaraya Melaka,” katanya.

Tambah Mohd Azman, mereka menjadikan laluan lebuh raya sebagai tempat untuk membuat aksi berbahaya kerana terpengaruh antara satu sama lain.

“Pihak JSPT juga telah mengeluarkan tujuh keping saman PDRM (K) 257 di atas pelbagai kesalahan yang ada,” jelasnya.

Pihak JSPT sentiasa melaksankan operasi mencegah samseng jalanan bagi membanteras kegiatan menunggang motosikal yang boleh mengancam nyawa orang lain.

Baca juga: