Bergaduh baling kerusi, 2 lelaki dikatakan mabuk buat onar depan kedai

Dua orang lelaki menggunakan kerusi plastik untuk memukul antara satu sama lain di hadapan sebuah premis dalam satu kejadian video tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan dua lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan berlaku di Jalan Pinang Laka, Sarikei, Sarawak pada Khamis.

Berdasarkan video yang dimuuat naik di X, dua individu tersebut bergaduh, manakala seorang lelaki lagi hadir dan cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut, namun gagal.

Kedua-dua tetap bergaduh sambil memikul antara satu sama lain dengan menggunakan kerusi plastik.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang menasihatkan agar kedua-dua mereka menghentikan perbalahan itu.

“Terlalu banyak kes gaduh, mengamuk, baling-baling kerusi dekat kedai Cina. Masih tak reti ke nak kenal pasti punca dan cegah?” kata @Izhanzubir.

“Jangan tegur puak-puak ni, mereka sentiasa dibela oleh orang kakyangan, silap-silap lepas gaduh boleh terus pandu kenderaan tanpa rasa bersalah,” kata @adiwira.

Bagaimanapun punca pergaduhan masih belum diketahui.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat