Seorang lelaki mengalami cedera ringan dalam kemalangan sebuah kenderaan di sebuah garaj di Institut Pengajian Isalan Sikuati, Kudat, Sabah pada pukul 11.38 malam hari Khamis.
Komander Operasi, PBK II (KUP) Rasidi Aras menyatakan kemalangan ini melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang terbabas sendiri lalu merempuh sebuah kenderaan dan tiga kenderaan lain yang diparkir dalam garaj tersebut.
Mangsa yang berusia 20 tahun itu keluar dari kenderaan dengan sendiri sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) tiba ke lokasi kejadian.
Seramai lapan orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan satu jentera FRT dan satu kenderaan unit EMRS.
Mangsa yang mengalami cedera ringan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya menaiki ambulans yang turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
Baca juga: