Sepasang suami isteri warga tempatan maut manakala anak perempuan mereka terselamat dalam kebakaran rumah dua tingkat di Jalan SS 21/18 Damansara Utama, Selangor, pada Sabtu.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar, laporan kebakaran diterima pada pukul 5.13 pagi tadi.
Dalam pada itu, Mukhlis memaklumkan seramai 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.
“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli bin Haron, kebakaran berlaku di bilik utama di tingkat atas dan dapur tingkat bawah.
“Anggaran kemusnahan 70 peratus dan melibatkan tiga mangsa iaitu sepasang suami isteri dan remaja perempuan yang dipercayai anak pasangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pasangan suami isteri masing-masing berusia 61 tahun dan 55 tahun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
Difahamkan, Pegawai Penyiasat kebakaran tiba di lokasi kira-kira pukul 6.30 pagi manakala bantuan anjing pengesan K9 telah dimaklumkan untuk hadir bagi membantu siasatan.
Baca juga: