Polis buru lelaki ‘pukul’ patung Buddha dengan selipar

Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki memukul patung Buddha menggunakan selipas dipercayai kerana rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk melihat bekas isteri pulang ke pangkuan tidak kesampaian.

Insiden yang berlaku di sebuah kuil di wilayah Selatan Nakhon Si Thammarat, Thailand itu dirakam dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut laporan polis, tindakan seorang lelaki Narongtham Suwannaparn, 67, membuat aduan terhadap lelaki yang dikenali sebagai Nantapong “Bas” Salai, 33, di Balai Polis Ron Phibun.

Narongtham berkata, dia menyedari kerosakan pada mata kanan patung itu dan menyemak rakaman kamera keselamatan dewan utama sekali gus mendedahkan kejadian yang berlaku pada 11 Mac.

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan seorang lelaki warga Thailand memukul patung Buddha menggunakan selipar selepas hajatnya tidak kesampaian.

Melalui perkongsian video itu, penduduk tempatan yang dikenali sebagai Piyapong Sutthiphakdee, bertindak mengutuk lelaki Thailand itu kerana tingkah lakunya yang tidak menghormati patung suci itu.

“Saya tidak meyalahkan mana-mana pihak jika mereka tidak mempunyai kepercayaan pada patung itu, dan anda tidak boleh menghina kepercayaaan orang lain dengan melakukan perbuatan yang tidak menghormati itu,” katanya.

Rakaman video itu memperlihatkan aksi lelaki itu memasuki dewan utama dan memukul kepala patung terbabit sebelum beredar.

Bagaimanapun, dia berpatah balik dan sekali lagi dilihat memukul kepala patung berkenaan dengan menggunakan selipar dan menjerit sebelum meninggalkan kuil berkenaan.

Difahamkan, Bas berjaya melarikan diri selepas melakukan tindakan tersebut selain dia didapati seorang penagih dadah yang turut menghidap penyakit mental.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat