Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan lori

Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di persimpangan lampu isyarat, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi, Johor pada pagi hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Ego Solariz.

“Kemalangan terjadi apabila motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar sisi sebuah lori jenis Hino ketika memotong lori berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu lori yang berusia 56 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Balveer turut mengatakan bahawa kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Baca juga: