Lelaki ditahan disyaki terlibat kes liwat remaja bawah umur

Seorang lelaki warganegara tempatan ditahan Polis Johor kerana disyaki terlibat dalam kes liwat membabitkan dua orang remaja lelaki bawah umur.

Ketua Polis Daerah Mersing, Johor, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin sehingga 21 Mac depan.

“Suspek disyaki melakukan kesalahan tersebut secara berasingan terhadap dua orang mangsa lelaki yang berumur 15 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Abdul Razak turut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara melebihi lima tahun dan maksimum 20 tahun berserta sebatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan pihak polis.

Baca juga: