8 rumah terbakar di Rantau Panjang

Sebanyak lapan buah rumah terbakar di Jalan Gual Sitok, Kampung Kok Kiyes, Rantau Panjang, Kelantan pada pukul 5.23 pagi hari Jumaat.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Azmi Jaafar, kebakaran tersebut mengakibatkan empat buah rumah terbakar sepenuhnya manakala empat lagi rumah masing-masing terbakar sebanyak 30 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran kediaman separuh kekal berkeluasan 40×60 kaki persegi tersebut.

“Kebakaran berjaya diselamatkan pada pukul 6.38 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.22 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Azmi juga berkata operasi tersebut melibatkan sembilan orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bersama 1 buah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti Hilux.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat