Seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas lori yang dipandu melanggar sebuah tiang elektrik di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah pada Ahad.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah hari mengenai kemalangan terbabit.
Komander Operasi, PBK II Salim Abdul Razak berkata, mangsa yang berusia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan oleh pihak Kementeriam Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh KKM selepas tersepit dalam lori yang membawa muatan tanah.
Baca juga: