2 mangsa melecur, kedai dobi terbakar

Satu kejadian kebakaran telah berlaku dipercayai melibatkan sebuah kedai dobi dan menyebabkan dua lelaki mengalami kecederaan di Jalan Penyiaran, Taman Universiti, Skudai pada Jumaat.

Komander Operasi Kanan Pegawai Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Saifulbahri Safar berkata, sebuah kebakaran melibatkan rumah kedai struktur kekal musnah dalam kebakaran dianggarkan 90 peratus.

“Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman di bahagian hadapan dan belakang premis tersebut.

“Teknik pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan dan tiga aliran salur bantu mula dari J1-46 & J1-61 sumber air pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berkata, insiden itu telah menyebabkan dua orang lelaki melecur di bahagian muka, kaki dan tangan.

“Mangsa telah diberi rawatan oleh pihak ambulans KKM dan St John. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya lagi.

Seramai 14 orang anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) dan BBP Iskandar Puteri telah diarahkan ke lokasi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat