Gempa bumi 7.4 magnitud melanda Taiwan, amaran Tsunami dikeluarkan

Taiwan dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud kira-kira pada pukul 9 pagi waktu tempatan pada Rabu dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Memetik laporan dari Agensi Meteorologi Jepun, Ombak tsunami setinggi tiga meter dijangka tercetus serta-merta di pulau-pulau terpencil Jepun berhampiran Taiwan, termasuk Pulau Miyakojima dan Okinawa.

“Sila berpindah! Tsunami akan tiba. Sila berpindah segera.

“Jangan berhenti. Jangan berpatah balik,” kata seorang penyampai NHK di Jepun.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer (km) tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km. 

Difahamkan, dalam satu kenyataan laman web jabatan itu memberitahu bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat