57 otai reformis terima sumbangan Aidilfitri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 57 otai reformis di Pejabat DUN Bukit Antarabangsa, Ampang pada Khamis.

Menerusi akaun Facebook milik Anwar, Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau dalam menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka.

“Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.

“Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudahkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Anwar.

Turut hadir sama Timbalan Speaker DUN Selangor merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin dalam majlis sumbangan Aidilfitri kepada 57 orang otai tersebut.

Baca juga: