Anggota Unit (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti berjaya memberkas seorang lelaki disyaki positif dadah.
Hasil ujian saringan air kencing, polis mendapati suspek positif dadah jenis ‘Meth’.
Menurut kenyataan, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri, Johor untuk siasatan.
“Suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Pihak polis turut menyeru orang awam sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya untuk salurkan maklumat di balai polis berhampiran.
Baca juga: