Bergaduh dalam kasino, 4 lelaki ditahan di Genting Highlands

Kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan seramai lebih kurang 10 orang lelaki tempatan di dalam kasino Genting Highlands, Bentong, Pahang pada Sabtu.

Menurut Superintenden Zaiham Mohd Kahar selaku Ketua Polis Daerah Bentong, siasatan awal mendapati punca kejadian pergaduhan tersebut adalah kerana berlaku salah faham di antara mereka yang berada di dalam kasino itu.

“Polis berjaya menahan empat orang lelaki warganegara tempatan berusia 23 hingga 50 tahun yang terlibat dalam pergaduhan bagi membantu siasatan.

“Selain itu, keempat-empat suspek telah ditahan dan dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa anggota badan berpunca dari pergaduhan itu.

“Pihak polis sedang giat mengesan saki-baki mereka yang terlibat menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di tempat kejadian dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan,

Terdahulu, beberapa klip rakaman pergaduhan tersebut telah tersebar dan tular di media sosial.

Zaiham turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-222 2222.

Baca juga: