Seronok sambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi tidak tahu makna sebenar

Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang Islam di dunia. Perayaan itu juga menjadi salah satu acara yang disambut secara meriah dan gilang-gemilang.

Setelah sebulan menahan nafsu lapar dan dahaga, kita juga dapat memperbanyakkan amal ibadah dengan dan menjauhi perkara mungkar.

Perasaan gembira tidak bisa diungkap dengan kata-kata apabila dapat bersama keluarga tersayang pada hari raya, tetapi adakah cukup sekadar itu sahaja?

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan semata-mata merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan memakai baju baharu, menyediakan pelbagai hidangan, duit raya dan sebagainya.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang perlu diketahui;

1. Kemenangan umat Islam dalam Perang Badar

Rasulullah SAW melafazkan takbir raya selepas memperolehi kemenangan dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun kedua Hijrah dan diwajibkan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

2. Masyarakat Arab mempunyai perayaan tersendiri sebelum kedatangan Islam

Sebelum penyebaran agama Islam, masyarakat Arab menyambut dua perayaan yang dikenali sebagai hari An-Nairuz dan Al-Mahrajan yang disambut dengan nyanyian, tarian serta minuman keras.

3. Perang Badar adalah untuk menawan semula harta yang dirampas di Kota Mekah

Mengikut sejarah, perang Badar melibatkan pertempuran antara 313 tentera Islam gabungan 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar untuk menawan kembali harta mereka yang telah dirampas di kota Mekah ketika berhijrah.

4. Waktu takbir yang berbeza untuk raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, takbir dialunkan setelah terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan hingga selesai solat sunat hari raya.

Sementara Hari Raya Aidiladha pula, takbir dialunkan pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyriq iaitu (10 hingga 13 Dzulhijjah).

5. Zakat fitrah

Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar oleh umat Islam apabila terbenamnya matahari di akhir 30 Ramadan sehigga terbit matahari esoknya, sebagai cara menyucikan harta bagi orang yang berpuasa. Perkara itu turut dapat membendung daripada melakukan perbuatan keji dan buruk, selain duit zakat tersebut akan dijadikan sumber keperluan bagi membantu golongan asnaf dan memerlukan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat