AMK seru masyarakat antarabangsa fokus merdekakan rakyat dan negara Palestin

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru masyarakat antarabangsa untuk menilai krisis yang berlaku di Timur Tengah dengan sudut pandang yang adil dan saksama.

Sehubungan itu, konteks di Timur Tengah sekarang memerlukan sebuah pendekatan yang berbeza bersandarkan kepada fakta dan keadaan semasa.

Berikutan serangan ke atas Misi Diplomatik Iran di Damsyik pada 1 April lalu telah mengorbankan 18 nyawa termasuk dua pegawai tinggi tentera.

Dalam pada itu, ia perlu dinilai sebagai satu jenayah perang yang dilakukan oleh Tentera Penjajah Israel, rentetan daripada serangan ke atas bumi Palestin yang meragut nyawa seramai 33,000 orang di samping, memungkinkan krisis kebuluran kritikal.

Selain itu, pihak AMK turut menzahirkan rasa kesal akan sikap tidak konsisten oleh Amerika Syarikat yang mengulangi komitmen ‘ironclad’ bagi melindungi keselamatan Israel.

Dalam masa sama, mereka juga terus membisu terhadap pelanggaran berkali-kali oleh pihak Rejim Zionis.

Pelanggaran undang-undang antarabangsa secara berterusan oleh Israel dan sikap membisu Amerika Syarikat dan Sekutu adalah sangat membimbangkan dan AMK menuntut agar pihak bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan.

Demi mengakhiri konflik tersebut pihak AMK menyeru komuniti antarabangsa untuk sama-sama mengutuk dan bertindak tegas terhadap semua bentuk kekerasan dan keganasan dengan fokus kepada kemerdekaan rakyat dan negara Palestin sebagai agenda utama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat