Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam membangunkan negara demi masa depan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara satu hari nanti.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Melaka pada Isnin.
“TVET ini juga mendidik generasi muda ini menjadi insan hebat dalam karier serta tanggungjawab masing-masing kepada negara,” katanya.
Anwar turut menyeru orang ramai untuk tidak melibatkan diri dalam hal yang remeh-temeh hingga mampu mengganggu hala tuju negara ke arah yang lebih baik.
“Jangan pula bergelut dengan hal remeh-temeh kerana hala tuju negara ini perlu kekal pada landasan tepat, khususnya dari segi menarik minat pelabur hatta merancakkan ekonomi untuk rakyat,” tambahnya.
Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Baca juga: