Enam rumah di Lahad Datu hangus terbakar

Enam buah rumah hangus dijilat api ekoran kebakaran yang berlaku di Jalan Bakawali Kampung Unta, Lahad Datu Sabah pada Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 7.40 pagi.

Katanya, pihak bomba telah menghantar pasukan seramai 14 orang anggota bersama satu unit jentera FRT, satu unit jentera LFRT dan sebuah kenderaan Kembara.

Komander Operasi Kanan, PPGB Sumsoa Rashid mengetuai misi menyelamat dan memadam api di kediaman tersebut.

“Kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah jenis tidak kekal yang mempunyai keluasan rumah yang berbeza.

“Keluasan keseluruhan yang terbakar ialah 141 kali 180 kaki persegi,” kata Sumsoa.

Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Jelas Sumsoa, operasi dapat dikawal pada pukul 8.19 pagi dan tamat pada pukul 11 pagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat