Berita berkenaan bekas Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami small spontaneous pneumothorax pada Rabu.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di akaun Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa agar mendapat kesembuhan yang segera buat beliau.
“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” tulisnya.
Difahamkan, beliau kini berada dalam keadaan stabil dan masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) bagi rawatan lanjut serta masih di bawah pantauan doktor.
Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Tun Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di CCU IJN sejak semalam.
“Pak Lah memerlukan rehat secukupnya dan pihak IJN juga menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Baca juga: