Empat rumah kedai setingkat musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Beres Kubur Besar, Beris Kubor Besar Bachok, Kelantan pada Isnin.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Ahmad Ridhuan Mohd Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran itu pada pukul 7 pagi.
“Kebakaran melibatkan empat buah rumah kedai kelas B berkeluasan 20 kali 30 kaki bagi setiap unit terbakar sebanyak 80 peratus.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat, kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.37 pagi dan kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, pasukan bomba yang terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan BBP Kota Bharu bersama jentera FRT, EMRS dan Water Tanker.
Baca juga: