Lelaki maut tersepit kereta, lori bertembung

Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Wakaf, Tapai, Marang Terengganu kira-kira pada pukul 1.44 pagi pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu telah menerima panggilan kecemasan berhubung satu kemalangan jalan raya yang membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Vios dan sebuah lori jenis Mercedes yang membawa muatan balak.

Seramai enam orang anggota dari Balai Bomba an Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama satu unit jentera FRT.

Menurut kenyataan oleh Komander Operasi PBK I (KUP), Roslan Yusuf, seorang lelaki dewasa yang juga merupakan pemandu kereta Vios itu tersepit dalam kejadian tersebut sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat.

“Kemalangan ini melibatkan dua orang mangsa.

“Mangsa yang tersepit telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan KKM dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat