Kanak-kanak alami masalah paru-paru diterbangkan ke Gua Musang oleh Unit Udara JBPM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang dan Pangkalan Udara Wilayah Tengah telah ditugasan untuk mengambil seorang pesakit kanak-kanak di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM, pesawat bomba iaitu Mi-17-V : M994-01 (BOMBA 01) telah digunakan dalam operasi tersebut dan diterbangkan oleh Pegawai Kanan Penguasa, Mohd Azuna Mohamed Sabri dan Sarifudin Ladulu bersama tujuh kru termasuk Flight Engineer (FE).

“Anggota Pasukan Khas Udara Bomba turut terlibat dalam misi menerbangkan pesakit ke tempat rawatan.

“Pesawat telah berlepas dari Subang dan menuju ke Gua Musang bagi mengambil dua orang kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum di bawa ke Pos Balar bagi mengambil pesakit kanak-kanak tersebut.

“Setibanya kami di lokasi berkenaan, kami mendapati kanak-kanak itu yang berusia satu tahun ditemani oleh tiga orang pengiring serta mengalami masalah pada paru-parunya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pesakit telah berjaya diterbangkan dari Pos Balar ke Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gua Musang untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Difahamkan, pesawat bertolak pulang ke Subang dan menjalani cuaca semasa perjalanan dalam keadaan hujan serta berawan rendah di sesetengah kawasan.

Walaubagaimanapun, penerbangan berjaya dilaksanakan sehingga selesai serta mendarat semula di Subang dengan selamat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat