Kumpulan pertama jemaah haji bagi Musim Haji 1445H/2024 telah selamat tiba di Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport, Madinah kira-kira pukul 8.50 pagi pada Khamis.
Penerbangan Malaysia Airlines MH4050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada pukul 12:16 tengah malam.
Majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan dan Kedah itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Dilaporkan seramai 31,600 bakal jemaah akan berlepas secara berperingkat dan yang terakhir dijangka pada 9 Jun depan, manakala penerbangan pulang bermula 24 Jun dan yang terakhir dijangka 21 Julai 2024.
Difahamkan, sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji disediakan menerusi Malaysia Airlines Bhd dan Saudi Airlines.
Baca juga: